MEI 2024

Mesyuarat Tahunan Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS


KUCHING: Sabtu 11 Mei 2024 -

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Openg telah mempengerusi Mesyuarat Majlis Teringgi Kepimpinan Gabungan Parti Sarawak ( GPS ) bertempat di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako.

Pada sidang media, YAB Premier Sarawak  telah mengatakan bahawa antara agenda adalah untuk beliau berkongsi bersama komponen GPS halatuju Kerajaan Persekutuan memperkasa ekonomi dan pelaburan ke Malaysia.

Beliau juga berkongsi lawatan kerja ke United Kingdom berhubung Industri  Semi Conductor pihak UK untuk memberi latihan dan inisiatif penglibatan bersama dalam pengeluaran Semi Conductor Compoun Chip.

Mesyuarat juga di maklum tentang Penglibatan Sarawak dalam  Ekonomi Energi dan Renewal Energy.

Katanya lagi, beliau juga memaklum hubungan Kerajaan Persekutuan dan GPS. GPS bukan ahli Pakatan Harapan (PH) mahupun Gabungan Parti yang lain di Semenanjung tapi GPS hanya sebuah komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk kestabilan negara dalam sudut ekonomi serta sosial.

Beliau juga, memaklum mesyuarat tentang perbincangan semakan semula  konstituensi baharu Dewan Undangan Sarawak bersama dengan pihak SPR yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.